Monday 25 April 2011

Konsert Untukmu Loloq






















Tarikh 22 - 24 April 2011
Waktu 8.30 malam
Tempat Istana Budaya, Kuala Lumpur

Make Me Gorgeous | EH!























Tarikh 23 April 2011
Waktu 11.00 pagi - 6.30 petang
Tempat Paradox, Bandar Utama

Tuesday 19 April 2011

7th Anniversary: GLAM Magazine




















Tarikh 19 April 2011
Waktu 7.30 - 9.30 malam
Tempat Garden, Kuala Lumpur

Monday 18 April 2011

monodrama: REBAB BERBISIK


















Tarikh Pementasan 8 - 11 April 2011
Waktu 8.30 malam
Tempat Lmbang Sari, Istana Budaya
Pengarah & Penulis Skrip Rahimin Zahari
Terbitan Jay Jazuil Entertainment & Istana Budaya
Pelakon Rosnan Rahman

SINOPSIS
Rebab Berbisik mengisahkan emosi Pak Su Mat, seorang pencinta dan penggiat seni Mak Yung. Pak Su dan isterinya, Mek Ning merupakan seorang Primadona Mak Yung yang terkenal di zaman kegemilangan Mak Yung sewaktu masa dahulu. Sekarang setelah Mek Ning sudah tiada, Pak Su Mat sering terkenang kisah zaman kegemilangannnya suatu masa dahulu. Beliau juga terpaku memikirkan siapakah yang akan beliau wariskan seni tersebut.Hasil perkongsian hidup, Pak Su Mat dan Mek Ning memperolehi dua orang anak lelaki. Monodrama Rebab Berbisik mengupas konflik dan dilema kedua-dua anak Pak Su Mat dan Mek Ning (Mimi dan Azri) Mengapakah mereka menolak untuk mempelajari seni Mak Yung? Dan kepada siapakah seni ini bakal diwarisi? Siapakah yang akan menghargai jasa dan pengorbanan insan seni terdahulu seperti Pak Su Mat dan Mek Ning?

PENDAPAT PENULIS
Penulis begitu teruja akan lakonan Rosnan Rahman yang membawa kesemua empat watak itu secara monodrama. Beliau berjaya mendalami keempat-empat watak tersebut dengan jayanya, lebih-lebih lagi watak Mimi. Bagaimana sayunya hati Pak Su Mat mengenangkan nasib seni Mak Yung akan datang. Adakah seni Mak Yung ini akan pupus? Bagaimana Pak Su Mat mendapat tentangan anaknya Azri seorang graduan dari Al-Azhar yang menganggap seni Mak Yung ini haram di sisi agama. Dan tidak lupa juga akan Mimi, anak sulung Pak Su Mat yang mengalami konflik jantina di bandar. Bekerja di kelab malam tanpa pengetahuan keluarganya. Monodrama ini telah menghiburkan penulis dan kadang kala isu yang di ketengahkan mengusik jiwa penulis.

Sunday 17 April 2011

Filem SERU







Tarikh Tayangan 28 April 2011
Pengarah Woo Ming Jin dan Pierre Andre
Terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hanamia Services Sdn Bhd
Durasi 84 minit
Klasifikasi PG 13
Pelakon Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Dazrin, Qhaud AF, Khatijah, Nisha Dirr, Cut Mutia, Azman, Along, Sufian Mohamed, Murshid, Nabila, Nursyarifatun, Dewa Sapri, Mona Majid


SINOPSIS
Filem ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram yang bertajuk "JANGAN BERNAFAS" di dalam sebuah hutan. Kejadian pelik mula terjadi dengan penolong pengarah, Sari yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, kemudian diikuti oleh jurumekap, Julia yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa. Dan mereka merakamkan kejadian itu sebagai "footages" menarik tujuan untuk promosi. Namun keadaan menjadi tidak terkawal, satu demi satu pembunuhan pelik berlaku Dapatkah mereka menyelamatkan diri? Mampukah mereka mengelakkan diri dari diburu entiti yang tidak di ketahui itu?

PENDAPAT PENULIS
Terus terang dinyatakan di sini, filem ini sememangnya membuat penulis berasa begitu sesak nafas setelah diasak dengan adegan-adegan yang mengerikan. Ianya dimulai dengan adegan pengarah "JANGAN BERNAFAS" mati dibunuh sehinggalah tamat filem tersebut. Mungkin cara filem ini di rakam secara realiti membuatkan penulis berasa seolah-olah berada di dalam dunia filem tersebut. Ternyata filem ini lain dari filem seram yang disajikan oleh pengeluar filem di Malaysia. Mungkin cuma satu yang penulis tercuit hati apabila melihat kostum orang asli yang diragakan di dalam filem ini. Agak lucu ya. Nantikan filem seram ini di pawagam pada 28 April 2011 ini.

FAKTA MENARIK
  • Filem ini terbitan bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Hanamia Services Sdn Bhd
  • Filem ini arahan bersama buat pertama kalinya antara Pierre Andre dan Woo Ming Jin
  • Filem ini mewakili Malaysia ke Far East Film Festival (FEFF) ke 13 yang berlansung pada 29 April hingga 7 Mei 2011
  • Bercorak Slasher Horror Movie
  • Pengambaran mengambil masa selama 20 hari pada bulan Ramadhan
  • Menelan belanja sebanyak RM1.48 juta
ps: foto ihsan tayangan unggul