Sunday 17 April 2011

Filem SERU







Tarikh Tayangan 28 April 2011
Pengarah Woo Ming Jin dan Pierre Andre
Terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hanamia Services Sdn Bhd
Durasi 84 minit
Klasifikasi PG 13
Pelakon Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Dazrin, Qhaud AF, Khatijah, Nisha Dirr, Cut Mutia, Azman, Along, Sufian Mohamed, Murshid, Nabila, Nursyarifatun, Dewa Sapri, Mona Majid


SINOPSIS
Filem ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram yang bertajuk "JANGAN BERNAFAS" di dalam sebuah hutan. Kejadian pelik mula terjadi dengan penolong pengarah, Sari yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, kemudian diikuti oleh jurumekap, Julia yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa. Dan mereka merakamkan kejadian itu sebagai "footages" menarik tujuan untuk promosi. Namun keadaan menjadi tidak terkawal, satu demi satu pembunuhan pelik berlaku Dapatkah mereka menyelamatkan diri? Mampukah mereka mengelakkan diri dari diburu entiti yang tidak di ketahui itu?

PENDAPAT PENULIS
Terus terang dinyatakan di sini, filem ini sememangnya membuat penulis berasa begitu sesak nafas setelah diasak dengan adegan-adegan yang mengerikan. Ianya dimulai dengan adegan pengarah "JANGAN BERNAFAS" mati dibunuh sehinggalah tamat filem tersebut. Mungkin cara filem ini di rakam secara realiti membuatkan penulis berasa seolah-olah berada di dalam dunia filem tersebut. Ternyata filem ini lain dari filem seram yang disajikan oleh pengeluar filem di Malaysia. Mungkin cuma satu yang penulis tercuit hati apabila melihat kostum orang asli yang diragakan di dalam filem ini. Agak lucu ya. Nantikan filem seram ini di pawagam pada 28 April 2011 ini.

FAKTA MENARIK
  • Filem ini terbitan bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Hanamia Services Sdn Bhd
  • Filem ini arahan bersama buat pertama kalinya antara Pierre Andre dan Woo Ming Jin
  • Filem ini mewakili Malaysia ke Far East Film Festival (FEFF) ke 13 yang berlansung pada 29 April hingga 7 Mei 2011
  • Bercorak Slasher Horror Movie
  • Pengambaran mengambil masa selama 20 hari pada bulan Ramadhan
  • Menelan belanja sebanyak RM1.48 juta
ps: foto ihsan tayangan unggul

No comments:

Post a Comment